BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Aspresiasi Dan Kretiviti Seni

PEGERTIAN KREATIVITI

Manusia bisa saja jadi kreatif bila ditimpa musibah. Musibah barangkali menjadi masalah.
Masalah pula bisa jadi peluang. Peluang bisa saja menjadi manusia berfikir. Berfikir yang kreatif dan positif. Akhirnya musibah adalah problem solving yang dikira menaikkan martabat otak manusia. Dalam sejarah tamadun manusia, Nabi Besar Muhammad SAW adalah contoh paling kreatif. Bila ditimba musibah di Mekah, beliau dan pengikutnya berhijrah(walaupun diwahyukan) tetapi musibah di Mekah itu menjadi peluang besar untuknya berhijah dan membina tamadun baru yang hebat. Banyak cerita-cerita kreatif berlaku sepanjang penghijrahannya, seperti peristiwa saidina Ali menyamar merupai baginda di tempat tidurnya. Begitu juga penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar. Malah tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia bila kaum Ansar menceraikan salah satu isterinya untuk dikahwini oleh kaum Muhajirin semata-mata atas nama kasih sayang dan keimanan kepada Allah. Daya kreativitas Nabi itu telah ditunjukkan awal sebelum beliau diangkat jadi nabi ketika kepala suku kaum Quraisy bertelingkah siapakah yang paling layak meletakkan batu hajar Aswad. Empat kepala suku memegang 4 buju kain yang di tengah-tengah mengandungi hajar Aswad. Bila sampai ke Ke Kaabah Muhammad Al Amin mengambil batu itu langsung diletakkan di tempat asalnya. Perang Khandak juga adalah contoh paling kreatif bila Nabi Muhammad SAW mengiyakan pandangan Salman Al Farisi untuk menggali Parit (khandak). Sehingga pertempuran itu dimenangi kaum muslimin kerana kaum musuh tidak mampu menyerang kaum Muslimin. Banyak lagi cerita-cerita kreatif zaman nabi dan sahabat yang perlu digali dan diambil contohnya untuk dinukili dan diwar-warkan kepada manusia.